Sunday, October 31, 2010

lebur.

kami berdiri.
sisi ke sisi.
nafas ku tarik dalam-dalam.
pandang ku lempar jauh-jauh.

tangannya menyentuh lembut kepala aku.
hati aku luluh.
sebak.

sayang.
aku tak perlu simpati kau.
sebanyak mana pun simpati kau,
aku sudah lama hancur.
lebur.


Friday, October 29, 2010

khabar ke aku...

aku duduk bersila di depan cermin
aku renung segala cela diri
aku benarkan
tiap yang datang untuk meninggalkan
engkau juga tiada beza
tertakluk kebebasan

aku tahu siapa aku
kurang perlu untuk kau di situ
khabar ke aku
apa yang baru, apa yang baru

aku duduk di sisi telefonku
lama daku menunggu panggilanmu
satu persatu
memori basi menghantui benakku
apa ini
satu lagi pengalaman yang konon mendewasakan

aku tau siapa aku kurang sebab untuk kau di situ
khabar ke aku, apa yang baru
apa yang baru
khabar ke aku apa yang baru
apa perlu kau tetap disitu
aku benarkan kau meninggalkan
seperti semua yang meninggalkan
khabar ke aku, apa yang baru
khabar ke aku.

credited to waniardy*

Wednesday, October 27, 2010

apa lagi?

aku terduduk.

lama menangis.

cukup bisa.
cukup derita.
cukup segala.

apa yang tak cukup?
apa yang kurang?
aku tak ada jawapan.

* sayang, what goes around will comes around.
just wait for your turn.
:)

Wednesday, October 20, 2010

bodoh.

"good evening..."

tangan aku semat didada dengan sedikit menunduk. sejak ada Frank Loison, GM baru aku, macam-macam diubahnya.

Couple yang datang dalam umur lingkungan 30-an. nampak macam baru nak mengenali hati budi masing-masing. pegang tangan sikit-sikit. yang perempuan tak lekang dari senyum di bibir. yang lelaki awal-awal dah keluarkan 2 biji telefon. letak di penjuru meja.

aku berdiri jauh. cukup sekadar memerhati. makanan yang dipesan sudah habis dijamu. mereka bersembang lagi. sekali sekala si perempuan tersenyum senang. si lelaki sibuk bercerita. dengan tangan-tanganya juga turut bercerita.

tiba-tiba, telefon bimbit si lelaki berbunyi. aku masih memerhati. dikerling telefonnya. ditekan satu punat. telefon itu terus bisu. si perempuan buat tak endah saja. telefon itu berbunyi lagi. masih diulang perkara yang sama. si perempuan mengalih pandang jauh ke tasik. kali ketiga, berbunyi lagi, masih si lelaki ulang perkara yang sama. si perempuan sudah hilang senyum diwajahnya.

p/s untuk si perempuan :
akak. saya tau apa akak rasa.
tapi akak,
perempuan yang bijak akan buang telefon tu dalam tasik aje kak.
tapi akak bodoh. macam saya jugak. sama bodoh.



Saturday, October 16, 2010

penguat aku.

aku pusing menghadap dinding.
air mata mengalir.
aku tau kau tau aku menangis.
aku nak sekuat kau teah.
sekering kau.
tapi cinta aku buat aku lemah.
terkulai.

teah.
aku hanya ada kau. terima kasih sebab slalu ada untuk aku.
penguat aku. pengikat aku. suka aku. duka aku.
kau tetap ada untuk aku.


***
Benar.
Kau turunkan dugaan berat untuk aku.
tapi aku bersyukur ya Allah.
Kau tak lupa kurniakan Fateha untuk aku.

mama...

mama.
aku terluka.
pedih.
aku lupa.
aku alpa.
derita kau patutnya sudah cukup mengajar aku.
aku degil.
aku mau buktikan
bahagia akan jadi milik aku
bukan gagal seperti kau.
tapi mama,
nasib kita tidak jauh berbeza rupanya.

aku juga derita kerana cinta...

Friday, October 15, 2010

jatuh.

aku cukup terasa derita.
dulu aku hanya melihat
derita gadiskecil aku.
kini aku sudah merasa.
sungguhsungguh derita.


fateha sairy,
cinta melemahkan kita.
tapi tolong aku.
ajar aku sekuat kau.