Wednesday, June 30, 2010

gedik amat.

tangan ini gatal.
nak letak follower, chat box apa bagai.
tapi aku tak nak bagitau orang lain pasal blog aku.
jumpe, nasibla.
bacala kisah aku yang kau tak kenal ini.
rasa nak baca lagi,
jadi follower.
rasa bosan,
tekan next blog.
habis cerita.

Tuesday, June 29, 2010

saya budak baru belajar.

page makin serabut.
sana dibaiki, sini terabur.
maaf.
aku budak baru belajar.
ingin punya page cantik seperti orang lain,
tapi aku akur dengan tahap diri sendiri.
takpe.
usaha tangga kejayaan.
chayok-chayok!

Saturday, June 12, 2010

tiada subjek.

YA. aku salah menyemak hal kau orang.
YA. kau tak suka orang mengajar kau.
YA. aku kenal kau, kalau kau tak suka, betapa besar tahap benci kau.
YA. aku paham semua.

Aku tanak hilang kau tapi aku dah sedia.
kalau ini yang terbaik, aku terima.
terima kasih kawan.

Thursday, June 10, 2010

dia.dia.dia.

Ohh Dia.
buat aku tersenyum sendiri
bagai bulan memagari diri
diulit cinta si bintang hati
sumpah
aku ingin mati
dengan rasa ini.



untuk bintang dari si bulan ;)

Sunday, June 6, 2010

sudah jelas.

kau kata kau dah lupakan semua
tapi hati kau kata kau tak kan dapat lupakan dia.

kau kata kau dah delete no dia
tapi hati kau kata kau takkan mampu buat itu semua.
kau kata kau nampak api bila tengok dia
tapi hati kau kata mata kau tak pernah lepas dari dia.
kau kata kau dah buang semua benda
tapi hati kau kata tiada apa yang mampu buang dia.
kau kata hanya aku ada dimata
tapi hati kau kata memang aku dimata tapi dihati hanya dia.
kau kata biar jodoh tentukan semua
tapi hati kau kata jodoh kau hanya dengan dia.
sampai bila semua begini
sampai bila aku gigit jari
sampai bila aku pujuk hati sendiri
sampai bila aku sabar menanti
sampai bila?
mungkin sampai mati?
sungguh aku tak pasti.
moga tuhan kuatkan hati ini
kerana aku takut tak mampu berdiri
demi cinta kau yang bukan aku miliki
moga aku mampu memujuk hati
yang bakal mati kerana cinta ini.

Thursday, June 3, 2010

hidup baru

Hari pertama untuk kerja pertama. sekejap excited, sekejap cuak, sekejap confident gila, sekejap rasa nak menyorok bawah meja. hahaha. nasib aku da kenal dengan orang-orang kat sini. sedikit sebanyak kuranglah sedikit segala rasa yang timbul. tenang hati dek mereka. terima kasih.

Fateha sairy : terima kasih sebab selalu ada dengan aku. susah, senang, suka, & duka. kau je yang aku ada sekarang. sayang kau sangat-sangat katek.

Amsyar syahiran : terima kasih sebab bersedia menyemakkan aku kat seat belakang kereta kau. aku hargai sangat. haha. hah. lagi satu. jaga teah elok-elok. u hurt her, i'm the 1st u have to face. ugutan keras nih. ingat. sayang ko weh.

Yusli ab rahim : terima kasih buat saya rasa disayangi, dihargai dan penting dalam hidup awak. awak sabar melayan saya, mengarut saya, menggedik saya, menggatal saya, manja saya, sedih saya, emo saya. awak buat saya terbang tinggi, tinggi dan tinggi lagi.

Siti Zubaidah : rindu kau sangat-sangat yang. rindu nak gelak-gelak, lepak-lepak macam dulu. iloveu. muah.

Sumarlinah waroji : terima kasih untuk segala selama ni. sumpah. aku rindu kau sangat-sangat. i wish u were here. aku doakan yang terbaik untuk kau sayang...

Wednesday, June 2, 2010

apa mahu kau?

Jari mengetuk keyboard. butang backspace ditekan berkali-kali. tiada idea. tak tahu apa yang nak ditulis. terlalu banyak yang ada di dalam sini sehingga dia tidak mampu untuk dimengerti. apa sebenarnya hendak kau hendak wahai hati? apa sebenarnya hendak kau hendak wahai diri? sumpah. aku tak kenal diri aku sendiri. kerana mereka terlalu menguasai. aku hidup dengan mengikut setiap apa yang mereka harapkan. aku sendiri kosong. tak kuat. terlalu melayan mereka yang sangat mengada-ngada. gedik. sungguh aku penat.

Tuesday, June 1, 2010

ohh engkau

Terlalu banyak di dalam sini
sampai tiada yang mampu diluah lagi
sudah sebu dalam hati
sudah keras dalam diri
sudah likat dalam naluri
sudah tidak kenal diri sendiri
sungguh aku bagai mati

Ohh engkau.
buat punca segala
buat resah dalam hati
buat kosong dalam diri
buat aku rela sendiri
walau segala tidak pasti
aku bagai diulit
mimpi lena sendiri
tunggu masa untuk dikejut kembali.

Tolong.
aku mohon
sedari aku
simbahi aku
dengan segala
moga aku mampu
sedar dari mimpi ini
bangkit ke realiti.

Tapi aku pasti
hati ini tak mahu pergi
ia selesa berada di sini
dan aku akur
turut kata hati
yang ingin mati
di dalam rasa ini
walau aku derita sendiri
biar aku senangi hati.
sampai mati.