Sunday, April 17, 2011

curi-curi!

skandal haram memang indah! :)

karma untuk kau.

aku bukan dendam.
cuma aku mau kau rasa apa yang aku rasa
bagaimana kalau diri tak dihargai
oleh orang yang kau sanjungi seperti
nyawa sendiri.

Wednesday, April 13, 2011

-.-

terasa diri diperlaku seperti sampah.
terima kasih :)

pengakuan.

andai kukatakan ada sesaat dalam hidup aku
aku tak fikirkan kau,
itu adalah
tipu
tapi kau perlu tahu
setiap saat itulah
kau menambah luka pada aku.
tahniah!

Saturday, April 9, 2011

penakut by Yuna.

Tak semua kau rencana akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa kau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Oh ini tidak adil tidak adil bagiku
Oh ini tidak adil
Untuk kau bertanya jika ku mencintaimu juga

Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucapkan tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan

Bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

jauh hati.

Pedih aku hingga tak dapat aku luahkan lagi.

youyou!

aku kenal kau lebih dari kau kenal diri kau sendiri.
tak payah nak bagi alasan bodoh.
aku tau kau ada yang lain.
terima kasih untuk hadiah kau.
cukup mengajar aku erti hidup.

you!

awak buat saya macam saya ni takde hati.
kutip bila perlu,
campak bila mahu.
saya ni tak ubah macam sampah kan?
terima kasih sangat-sangat.

Saturday, April 2, 2011

mungkin.

saya sentiasa di depan awak.
tapi awak tak pernah nampak.
suatu hari awak akan nampak saya.
dan
suatu hari itu sudah terlambat untuk awak.
kerna hati saya
telah lebur di mamah bumi.

hey boyfriend orang!

saya rindu awak sangatsangat :(

Tuesday, March 8, 2011

-.-

pujuk hati untuk kecapi bahagia untuk seketika.

Tuesday, March 1, 2011

pahit sebuah hakikat.

tolong ajar aku terima hakikat.
jangan biar aku terjerat.
aku mohon.
bantu aku.
sungguh aku sudah tidak mampu.

usah berpaling.

lupakan segala jejak yang kau tinggalkan
kerna saat kau menoleh
ia telah hapus ditelan ombak.
hilang.
tanpa kesan.

Monday, February 28, 2011

andai...

andai aku tidur dan tidak bangun-bangun lagi,
pasti ramai yang puas hati.
pasti aku tak seksa lagi.
pasti aku senang hati.
pasti.

tertulisnya takdir.

Setiap yang kita harapkan belum tentu kita dapat kecapi. kerna takdir sudah tertulis buat kita. kalau yang tertulis adalah TIDAK, cuba lah sedaya upaya mana pon, keputusannya tetap tidak.
Namun sekuat mana kau menepis kalau jawapannya YA, kau tak dapat berbuat apa-apa. dan aku pasti takdir untuk yang aku mahu adalah TIDAK dan aku usaha sedaya upaya juga untuk mencapainya dan sebelum berakhir aku sudah tahu tiada YA untuk aku.
Separah mana aku, berapa banyak aku terluka sebab kau, bertapa aku menjeruk perasaan untuk kau, berapa aku memberi yang terbaek untuk kau, bertapa aku berkorban segala perasaan untuk kau, dan di penghujung cerita hanya tinggal aku.
tanpa kau. :)

berderai.

bila perasaan ingin tahu memuncak berdiri,
ia akan memakan hati.
itu pasti!

Sunday, February 13, 2011

Bahagia & Derita.

bahagia.
kau bukan milik aku.
aku baru mengapai kau.
belum puas aku kecapi kau.
kau pergi tinggalkan aku.

dan derita.
memang sentiasa milik aku.
puas ku lontar-lontar jauh kau.
bergolek juga kau di kaki aku.

mungkin sudah masa aku hargai kau derita.
mungkin sudah masa aku tinggalkan bahagia.
mungkin sudah masa aku belajar nikmati kau derita.
mungkin sudah masa aku belajar tanpa kau bahagia.
mungkin...


Pengakuan ikhlas.

aku seronok.
menyorok dari diri sendiri.
dan terus menipu diri.
aku bangga dengan pencapaian ini.

*sumpah tipu.

Sedih.


oke.
aku tak tahan.
nak nangis kejap...

Kecundang.

dulu.
aku pernah menangis begitu.
hari-hari menangis sendu.
rindukan kamu.

kini.
dia turut sama menangis begitu.
hari-hari menangis sendu.
rindukan kamu.

bezanya aku dan dia.
tangis aku tiada kesan.
perih aku tiada kasihan.
dan dia
kau kecapi tanpa pintaan.

sungguh.
kau lihat aku teguh berdiri,
saat kau berpaling,
aku telah mati.

Monday, February 7, 2011

Leka...

aku makin dibuai-buai dek hayunan tarian kau.


kita tunggu dan lihat. :)

Saturday, February 5, 2011

Buku cerita.

aku ikut jalan cerita yang kau atur.
moga akhirnya bukan kecewa untuk aku.
aku rela mati di pertengahan cerita.
sungguh.

Wednesday, January 19, 2011

090111.



its my birthday!
balek keje pon lambat. nak ikot teah pergi tengok wayang pon tak lepas.
hampa je.
malam birthday kecewa gila.
hmp.
aku paksa si faris hantar pergi Alamanda.
budak tu pon ikot je.
dorang bwat aku terharu kejap. nyanyi happy birthday kuat-kuat dalam keta. tenks frandy, iqbal, rosdin and tak lupa, my faris! hahaaha.
aku pon duk melayan karok sorang-sorang.
tunggu teah kluar wayang kul 2.
tetibe, si sepet call. nyanyi lagi. dia terkejut aku sorang.
aku cakap aku tunggu teah.
dan dia, datang teman aku. bersama si kecil latep! rindu latep!
dan yang paling aku tak sangka,
miss ngan chuck turun putra!
aku tak terfikir ape pon.
tetiba tengah-tengah lepak, teah datang bawak kek!
sumpah nak nangis. terharu dohhh.
tenks korang.
sumpah terharu!



teruja!

the Birthday Cake!

latep


missuarie & chuck


rizal, syasya & katek fateha

p/s : aku bertuah sebagai aku dan punyai kawan-kawan macam korang.
♥katek, sayang ko sangatsangat!

Friday, January 14, 2011

Perlu?

kenapa perlu tergugat kalau benar cinta untuk kau itu kuat?
kau buat aku tersenyum.
bangga.
memang aku tak sedar diri.
dan kau tergugat dengan aku yang tak sedar diri ini?
sungguh.
aku tak mampu berhenti tersenyum
:)

Thursday, January 6, 2011

ohh syasya.



budak gemok ni majok.
sebab gambar dia tade dalam blog aku.
dulu memang ade.
tapi aku majok ngan dia.
aku remove.
tacing ah konon aku masa tu.
tapi skang aku tak majok dah.
makin sayang kat si gemok ni.
tapi aku lupe.
gambar dia aku tak letak balek.
sampai dia komen baru aku perasan.




terkedu aku kejap.
ehehhe.
saya mintak maap ye syasya.
awak ni cumel lahh.
hahahah.

* awak telah berada di tempat yg sepatutnya. :)

Tuesday, January 4, 2011

kisah benar.

Seorang anak lelaki berumur lingkungan 7 tahun berlari-lari ke hulu dan ke hilir dihadapan tv yang sedang ditonton oleh seorang bapa.

bapak : along! jangan lari-lari boleh tak? daddy nak tgk tv!

senyap.

namun dia datang lagi. berjalan. ke hulu dan ke hilir.


Bapak : heh. ni ape ni ke hulu hilir. orang nak tengok tv tau tak? tak reti duduk diam ke?

senyap.

namun dia datang lagi. merangkak.

si bapak terdiam.

kini along panggil si adik perempuan. di bisik ke telinga. si adik berlari dihadapan tv ke hulu dan ke hilir.

bapak : adik, ape lari-lari ni. orang nak tengok tv tau tak? tak reti berjalan ke?

senyap.

si adik datang lagi. mengambil iktibar dari kisah abangnya, dia terus merangkak.

bapak tak mampu berkata apa-apa.


*hahahahaha. kisah ni aku amek dari Chef J. gelak-gelak aku dengar. tu lahh. mane tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? so chep, perangai jgn mcm sial. kang anak-anak ikot.
dah nampak dah tu. hahaahah.

saya tunggu...

awak.
awak tau saya tunggu awak kan.
walau saya tau awak bahagia dengan dia,
saya masih ditepi telefon saya.
mana tau awak akan message.
mungkin awak akan message.
mana tau kan.
saya pandang telefon saya.
senyap.
sunyi.
saya akur.
saya faham.
awak tengah bahagia.
saya pandang telefon saya lagi.
masih sunyi.
ya.
awak bahagia.
dan saya tak tahu
macam mana nak teruskan hidup.

Monday, January 3, 2011

ohh bintang.

tetaplah menjadi bintang di langit.

: agar aku tidak pudar sinarnya.

perlu.

biar pura-pura,
aku perlu tunjuk aku bahagia.
walau tanpa
kau.