Monday, February 28, 2011

andai...

andai aku tidur dan tidak bangun-bangun lagi,
pasti ramai yang puas hati.
pasti aku tak seksa lagi.
pasti aku senang hati.
pasti.

tertulisnya takdir.

Setiap yang kita harapkan belum tentu kita dapat kecapi. kerna takdir sudah tertulis buat kita. kalau yang tertulis adalah TIDAK, cuba lah sedaya upaya mana pon, keputusannya tetap tidak.
Namun sekuat mana kau menepis kalau jawapannya YA, kau tak dapat berbuat apa-apa. dan aku pasti takdir untuk yang aku mahu adalah TIDAK dan aku usaha sedaya upaya juga untuk mencapainya dan sebelum berakhir aku sudah tahu tiada YA untuk aku.
Separah mana aku, berapa banyak aku terluka sebab kau, bertapa aku menjeruk perasaan untuk kau, berapa aku memberi yang terbaek untuk kau, bertapa aku berkorban segala perasaan untuk kau, dan di penghujung cerita hanya tinggal aku.
tanpa kau. :)

berderai.

bila perasaan ingin tahu memuncak berdiri,
ia akan memakan hati.
itu pasti!

Sunday, February 13, 2011

Bahagia & Derita.

bahagia.
kau bukan milik aku.
aku baru mengapai kau.
belum puas aku kecapi kau.
kau pergi tinggalkan aku.

dan derita.
memang sentiasa milik aku.
puas ku lontar-lontar jauh kau.
bergolek juga kau di kaki aku.

mungkin sudah masa aku hargai kau derita.
mungkin sudah masa aku tinggalkan bahagia.
mungkin sudah masa aku belajar nikmati kau derita.
mungkin sudah masa aku belajar tanpa kau bahagia.
mungkin...


Pengakuan ikhlas.

aku seronok.
menyorok dari diri sendiri.
dan terus menipu diri.
aku bangga dengan pencapaian ini.

*sumpah tipu.

Sedih.


oke.
aku tak tahan.
nak nangis kejap...

Kecundang.

dulu.
aku pernah menangis begitu.
hari-hari menangis sendu.
rindukan kamu.

kini.
dia turut sama menangis begitu.
hari-hari menangis sendu.
rindukan kamu.

bezanya aku dan dia.
tangis aku tiada kesan.
perih aku tiada kasihan.
dan dia
kau kecapi tanpa pintaan.

sungguh.
kau lihat aku teguh berdiri,
saat kau berpaling,
aku telah mati.

Monday, February 7, 2011

Leka...

aku makin dibuai-buai dek hayunan tarian kau.


kita tunggu dan lihat. :)

Saturday, February 5, 2011

Buku cerita.

aku ikut jalan cerita yang kau atur.
moga akhirnya bukan kecewa untuk aku.
aku rela mati di pertengahan cerita.
sungguh.