Tuesday, May 25, 2010

sayang. ;(

' kalo u nak rasa ape yg u pk, lupekan i. senang! '


Aku tersentap. air mata jatuh lagi. sedih.
dapat sms semalam yang Dia hantar, aku mula berfikir.
kalau aku mula bertindak sekarang...


' i bukan tanak cinta ni. tapi i da penat. i tanak sakitkan hati org yang i sayang lagi '


Mungkin kalau aku lupakan Dia, tak layan Dia, abaikan message Dia, Dia akan bahagia. Dia takkan penat. Dia takkan sakitkan hati orang yang Dia sayang.

Aku mula keringkan hati. setiap message aku pandang sepi. pedih. tapi aku perlukan ini. segala kekuatan yang perlu aku kutip. keringkan hati. tapi aku layu. aku lemah. bila Dia ingin penuhi inginku. laksanakan fikiranku. aku kalah.


*Sayang. i'm sorry. segala dalam fikir i serabutkan lagi kita. i mintak maaf. biar i keringkan hati. i janji takkan sebut-sebut lagi. PROMISE!

Monday, May 24, 2010

a nightmare of elm street. awesome!.

mia & seli

amsyar & fateha

Angan aku & teah akhirnya jadik nyata. nak nengok cerita ni. tapi tak sangka pulak angan kami akan ditemani 2 jejaka yang konon tampan ini. haha. rasa gembira sangat. dah lama tak lepak sama-sama. sejak tinggalkan pullman. susah nak dapat kumpul sama-sama. walau ada rasa dalam hati. bukan hanya aku. teah jugak. itu aku pasti. kita buang semua ketepi kan teah. untuk nikmati hari ini.

p/s : kita sangat kuat teah. kita keringkan hati. jauh sungguh kita harap sinar yang menanti kan. kenapa susah sangat mereka nak hargai? agaknya nak tunggu sampai kita mati...

Thursday, May 20, 2010

cantik ke? eh. cantik lah. dari KAU...



Mereka ketawa. GEMUK. dengar sisa dekah-dekah mereka.

Mereka ketawa lagi. tak sedar agaknya. lemak berketul-ketul, pakai tak cukup kain. ingat cantik?

Mereka ketawa lagi dan lagi.

Maaf. aku bukan yang dulu. aku sudah lebih 21 tahun hidup dimuka bumi ini. aku sudah lali. cakap lah nak cakap apa. telinga aku sudah tuli. senyum lah hingga urat-urat di wajah kau yang cantik itu hilang fungsi. mata aku sudah lama buta hati.

Aku sudah puas menunduk memandang bumi. telah aku paham setiap inci tanah ku jejaki. kini aku ingin memandang ke awan. menikmati indah ciptaan Illahi.

Mereka boleh katakan apa sahaja yang mereka suka. aku sudah tidak ambil peduli. hidup untuk mengikut sahaja kata mereka bukan cara aku. penat. letih.
penuhi setiap impi mereka. ingin aku?
mahu aku? siapa yang mahu peduli?

Monday, May 17, 2010

Kau bikinku geget bibir sendiri.

Henfon aku bergetar perlahan.
aku tengok henfon di tangan. 1 NEW MESSAGE.


'Xcukup lg semlam u merayap sakan. hari ni xsehat pon nak pegi merayap lg. suka hati u la mai. i ckp untuk kebaikan u. suka hati u nak ikut ke x. i tanak paksa u. bla...bla..bla...bla... (panjang gak la Dia bebel) Paham?'


Ehh. Dia marah? kecut jugak perot aku yg sememangnya buncet neh.
aku tenung lagi skrin henfon. aku senyum.Walau aku ragu dengan Dia. walau aku bukan sesiapa buat Dia. walau tiap kata sayang dan rindu bagai mainan aku dengar. sekurang - kurangnya, aku rasa penting buat Dia.Dia buat aku rasa bahagia. walau kadang-kadang aku rasa aku tak wujud untuk Dia. dah banyak kali aku suarakan, Dia cakap aku mengarut.


'
i tanak u paksa diri u untuk senangkan hati i'


Buat apa kita paksa orang untuk sayang kita kan? Dia terseksa. aku merana. bukan aku tak boleh hidup sendiri. boleh. mana ada kemahuan, situ pasti ada jalan. betul tak?