Monday, December 27, 2010

Ohh katek!

awak dah besar.
awak dah pandai lawalawa.
saya suke!
walau kadang-kadang awak macam jantan,
saya tetap suke!

Friday, December 24, 2010

aku tak perlu itu.


tak perlu tunjuk simpati kau.
berat mana derita aku,
aku yg tanggung.
bukan kau.
biar beribu kertas aku tampal di dinding bilik.
biar air mata darah sekalipun aku tangisi.
itu cara aku.
untuk buang kau dari aku.


p/s : aku dah penat untuk menangisi kau. dan kau masih ditempat yang sama. dan masih menambah derita.


Saturday, December 18, 2010

Kembalikan aku.

cantik?
kurus?
buat apa?
kalau hati seksa merana?
aku mahukan aku yang dulu.
gemuk.
tak cantik.
tapi aku
bahagia.
itu yang penting.

Friday, December 17, 2010

Nasihat untuk kau.

bangun.
jatuh.
dan kau bangun kembali.
biar hati tak cukup kuat,
diri harus paksa hati.
jangan ikut sangat kata hati,
kau akan mati.

dengar kata aku.
bukan untuk takut-takutkan kau
tak ada lansung terselit niat aku
tapi aku dah rasa
kerna ikut kata hati
aku hancur sendiri.
aku ingatkan kau
jangan ikuti jejak aku
kerna aku dah rasa
dan aku tak nak kau rasa apa aku rasa.

and she is...

typing and backspacing...
happen when theres so much to say.

Saturday, November 13, 2010

Dan hari ini...

setiap kata kau belum mampu tenangkan aku.
setiap pujuk kau belum mampu redakan aku.
setiap bisik kau belum mampu ubatkan aku.
kerna...
luka kau tinggal dah cukup parah berdarah.

kau tengok aku tenang.
kau tak tau setiap gejolak aku.
tangisan dalam ketawa aku.
jeritan dalam ria aku.

baik kau bunuh saja aku.
ambil pisau dan tusuk-tusuk aku.
kau kelar-kelar setiap inci aku.
moga aku mampu puaskan kau.
tolong jangan parahkan aku lagi.
aku lagi rela mati.
titik.

Tuesday, November 9, 2010

conversation.

teah : Be the last one who standing.
mia : Babe, i don't even think i can stand. :(

Monday, November 8, 2010

We!



sayangsayang!
akhirnya.
lama betul tak dapat hangout sesama.
walau si lina keje pagi, tapelah..
dapat jumpa sekejap pon dah cukup heaven.
gosip-gosip.
gelak-gelak macam sial.
pap pap pap.
ahh ahh ahh.
hahahhahahha.


lina rubbish!
kat depan umah kau pulak sign ni.
memang jadi bahan lahh.
hahaaha.
how rubbish u are,
u gonna be my baby always!

Dia tenangi aku.
penuhi apa aku impi.
biarkan aku melayan diri.
dia ada dan ada.
tak pernah jauh berlari.
tak pernah tinggal aku sendiri.
katek.
aku sayang kau sangatsangat!
:)



Wednesday, November 3, 2010

What the?


Introducing the Buncet.
Mr Ahmad Mahathir!
Apelah orang tua ni buat? tonggeng-tonggeng..

Ada pengikut pulak tu.

Apa yang dorang carik sebenarnya?

Mak aih! semangat gila.

Dapat!

Ini rupanya. CICAK! hahahha.
Budak-budak Village memang sume ta makan ubat.
Manager yang tak guna yang selalu ajar buat benda jahat. ni tengok.
si buncet ni lah kepala dalangnya.
dan mangsa yang bertuah
ialah
Hafezee Alif!



Hahhaha. Tak sedap duduk mamat ni. sanggup duduk berjam-jam kat luar.

p/s: Aku sayang korang! sumpah. walau kadang-kadang menyakitkan hati, tapi aku sayang sangat!

Tuesday, November 2, 2010

lemah.

Tuhan.
tenangkan aku.
gagahi aku.
untuk ujian-Mu.

jangan biar aku jatuh.
walau aku tak mampu.
memang tak mampu.
dengan ujian-Mu.

tolong aku.

tanak.

tanak hidup.
tapi kalo mati masuk neraka.
lagi tanak.

Sunday, October 31, 2010

lebur.

kami berdiri.
sisi ke sisi.
nafas ku tarik dalam-dalam.
pandang ku lempar jauh-jauh.

tangannya menyentuh lembut kepala aku.
hati aku luluh.
sebak.

sayang.
aku tak perlu simpati kau.
sebanyak mana pun simpati kau,
aku sudah lama hancur.
lebur.


Friday, October 29, 2010

khabar ke aku...

aku duduk bersila di depan cermin
aku renung segala cela diri
aku benarkan
tiap yang datang untuk meninggalkan
engkau juga tiada beza
tertakluk kebebasan

aku tahu siapa aku
kurang perlu untuk kau di situ
khabar ke aku
apa yang baru, apa yang baru

aku duduk di sisi telefonku
lama daku menunggu panggilanmu
satu persatu
memori basi menghantui benakku
apa ini
satu lagi pengalaman yang konon mendewasakan

aku tau siapa aku kurang sebab untuk kau di situ
khabar ke aku, apa yang baru
apa yang baru
khabar ke aku apa yang baru
apa perlu kau tetap disitu
aku benarkan kau meninggalkan
seperti semua yang meninggalkan
khabar ke aku, apa yang baru
khabar ke aku.

credited to waniardy*

Wednesday, October 27, 2010

apa lagi?

aku terduduk.

lama menangis.

cukup bisa.
cukup derita.
cukup segala.

apa yang tak cukup?
apa yang kurang?
aku tak ada jawapan.

* sayang, what goes around will comes around.
just wait for your turn.
:)

Wednesday, October 20, 2010

bodoh.

"good evening..."

tangan aku semat didada dengan sedikit menunduk. sejak ada Frank Loison, GM baru aku, macam-macam diubahnya.

Couple yang datang dalam umur lingkungan 30-an. nampak macam baru nak mengenali hati budi masing-masing. pegang tangan sikit-sikit. yang perempuan tak lekang dari senyum di bibir. yang lelaki awal-awal dah keluarkan 2 biji telefon. letak di penjuru meja.

aku berdiri jauh. cukup sekadar memerhati. makanan yang dipesan sudah habis dijamu. mereka bersembang lagi. sekali sekala si perempuan tersenyum senang. si lelaki sibuk bercerita. dengan tangan-tanganya juga turut bercerita.

tiba-tiba, telefon bimbit si lelaki berbunyi. aku masih memerhati. dikerling telefonnya. ditekan satu punat. telefon itu terus bisu. si perempuan buat tak endah saja. telefon itu berbunyi lagi. masih diulang perkara yang sama. si perempuan mengalih pandang jauh ke tasik. kali ketiga, berbunyi lagi, masih si lelaki ulang perkara yang sama. si perempuan sudah hilang senyum diwajahnya.

p/s untuk si perempuan :
akak. saya tau apa akak rasa.
tapi akak,
perempuan yang bijak akan buang telefon tu dalam tasik aje kak.
tapi akak bodoh. macam saya jugak. sama bodoh.



Saturday, October 16, 2010

penguat aku.

aku pusing menghadap dinding.
air mata mengalir.
aku tau kau tau aku menangis.
aku nak sekuat kau teah.
sekering kau.
tapi cinta aku buat aku lemah.
terkulai.

teah.
aku hanya ada kau. terima kasih sebab slalu ada untuk aku.
penguat aku. pengikat aku. suka aku. duka aku.
kau tetap ada untuk aku.


***
Benar.
Kau turunkan dugaan berat untuk aku.
tapi aku bersyukur ya Allah.
Kau tak lupa kurniakan Fateha untuk aku.

mama...

mama.
aku terluka.
pedih.
aku lupa.
aku alpa.
derita kau patutnya sudah cukup mengajar aku.
aku degil.
aku mau buktikan
bahagia akan jadi milik aku
bukan gagal seperti kau.
tapi mama,
nasib kita tidak jauh berbeza rupanya.

aku juga derita kerana cinta...

Friday, October 15, 2010

jatuh.

aku cukup terasa derita.
dulu aku hanya melihat
derita gadiskecil aku.
kini aku sudah merasa.
sungguhsungguh derita.


fateha sairy,
cinta melemahkan kita.
tapi tolong aku.
ajar aku sekuat kau.

Wednesday, September 15, 2010

terima kasih...

Kau bina hati aku.

Dari kosong tak terisi

Hingga padat melimpah

Dengan bunga-bunga cinta kau.

Dan kau jugak yang menanam duri

Dalam hati yang kau bina

Hingga ia gugur layu

Jatuh ke bumi.

Thursday, September 2, 2010

indah.

hujan.
sejok.

mahu tidur dalam peluk DIA.

:)

Wednesday, September 1, 2010

...

sumpah.
hati aku sakit.
berdarah.
parah.
pedih.

kauu!
tolong lahh.
kenapa perlu seksa aku sampai macam ni sekali?

aku dah penat menangis.
aku dah penat merintih.
apa orang cakap, aku tak peduli.
aku degil.
tetap kat sini.

hati ohh hati.
pergilah mati.
maaf.
aku tak mampu nak rawat kau lagi...

Saturday, August 28, 2010

kenapa?

kenapa aku yang dipilih?
kenapa aku yang menagih?
kenapa aku yang terjatuh?
kenapa aku yang tersungkur?

kenapa bukan dia, dia atau dia?

Sunday, August 15, 2010

kalau boleh...

kalaulah hati boleh dipasang dibuka
akan aku pilih untuk dibuka
disimpan elok-elok dalam peti
ditutup erat-erat
dikunci ketat-ketat
agar hati itu tak terluka
agar hati itu tenang sentiasa.

*haih
andai aku mampu...

Saturday, August 14, 2010

terima kasih hujan.

hujan sangat lebat
aku pimpim tangan kau
erat
aku pandang wajah kau
mesra
aku senyum.

ohh hujan
turunlah dengan lebat
moga kau mampu
lindungi tangis aku
moga mampu kau kaburi
duka hati aku.

sayang.
aku tak apa-apa
ini hanya hujan
yang tumpang mengalir.
sungguh.
*senyum pahit

Tuesday, August 10, 2010

apa kau rasa?

AKU SUDAH TIDAK PUNYA RASA.

Tuesday, August 3, 2010

hey kauuu!

kepada kau, kau & kau
yang terasa diri kauu sangat bagus tu.
kau sedar sedarkan lahh diri kauu kauu itu.
tanpa kami yang kuli ni,
mati kauu dekat atas tau.

nak cakap jangan nak bongkak sangat.
nak cakap jangan nak ikut sedap, tolong beringat.
kau saja yang betul.
yang kuli kuli ni saja yang salah.
kau belum tahu langit tu tinggi ke rendah kan?

kauu tunggu.
balasan sekarang tuhan bagi atas dunia tau.
cash!
tunggu dan bersedia.
habuan kauu sedang menuju tiba.
tahniah. :)

Thursday, July 29, 2010

grrrww!

mahu undur diri.
tapi bagai digari rantai besi.

bertahan.

sakitkan hati bila terluka?
sakitkan hati bila orang kata dia tak boleh bahagiakan sesiapa?
sakitkan hati bila orang kata sesiapa tu termasuk kita?
sakitkan hati bila orang reject kita?

hahaha.
aku sudah tak mampu ketawa.
aku sudah tak mampu menangis.
aku sudah tak mampu untuk tersenyum
aku hanya mampu bertahan.
bertahan dan tolonglah bertahan.

moga aku tak longlai di tengah jalan.
moga aku tak mati terkulai.
moga rasa ini mampu bertahan.

Tuesday, July 27, 2010

pegang 1 kata2 i smpai i pejam mata..


Aku pegang kata-kata kauu.

dan kini masih aku pegang.
teguh aku berpegang.

Sunday, July 25, 2010

malu sendiri.

Tiba tiba tersedar diri.
aku hanyut bersama mimpi
aku lupa.
rupanya hati kau itu
kau tak pernah beri.

Saturday, July 24, 2010

ingin aku.

ingin sekali aku
peluk erat tubuh kamu
moga aku mampu
hapusi duka kamu
ubati hati kamu
tenangi diri kamu.

ingin sekali aku
menatap wajah kamu
genggam erat tangan kamu
dengari luahan kamu
moga kamu tahu
bertapa
jatuhnya kamu
lukanya kamu
berdarahnya kamu
aku akan ada bersamamu.

ingin sekali aku
mengutip
tiap cebis hati kamu

mencantumnya
tiap persatu

agar ia kembali
menjadi satu

walau tidak sesempurna dulu.
ingin aku
dan
ingin sekali aku.


Tuesday, July 20, 2010

rindu.


aku rindu
KAMI
sangatsangat!

banyak benda
yang kami buat
samasama.

menangis.
ketawa.
susah.
senang.
suka.
duka.
jahat.
baik.

semua bersama.

tapi sekarang,
semua sudah ada haluan sendiri.
kejar hidup masingmasing.
tiada masa untuk menjadi
KAMI
lagi.

tidak mengapa.
wahai sayangsayang.
mari samasama
kita kejar hidup kita
dan
jangan lupa
untuk
kutip kembali
'kita'
agar kita mampu
menjadi
KAMI
lagi
dan lagi.

p/s : rindu sangat untuk menjadi kami.

Monday, July 19, 2010

post untuk si katek.

Dialah katek saya :)


aku raba tilam sebelah.

kosong?
ohh.
lupa.
si katek cuti.
golekgolek.
sempat berangan dua tiga babak.
tappp!
tangan aku meraba.
aduh.
lupa lagi.
dan aku senyum sendiri.


p/s for katek :

aku sudah tak biasa tidur seorang diri.
dan susah untuk aku
biasa kembali.

Saturday, July 17, 2010

ohh katekku sayang. :D

Aku rindu katek aku.
tade masa nak lepak sama-sama.
pagi dia kerja,
aku duk membuta.
malam aku balek,
dia plak duk membuta.

sesekali dua-dua ekor tak membuta,
semua gosip-gosip panas keluar.
orang itu terjun tasek,
orang ini makan itik.
hahaha.

p/s buat si katek : rindu kau sangat. :)

Thursday, July 15, 2010

persoalan.

Alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku?




borrowed from fynn jamal.
biq appreciate 4 the luvly song. ;)

Friday, July 9, 2010

berhenti!

Berhenti!
suara itu menjerit kuat.
aku toleh.
cari dan cari.
tidak ku jumpa punca.
aku melangkah.

Berhenti!
kuat dan makin kuat.
aku toleh lagi.
apa mahu kau.
jerit dan jerit saja.
kecut untuk untuk tunjuk muka.
dasar pengejut.

kini aku melangkah lagi.
kupasang telinga sendiri.
andai suara itu berani.

berhenti!
nah.
masih berani.
namun kedengar hampir.
disini.
dalam sini.

hei engkau.
cukup cukup sudah.
masa untuk kau berhenti.
kejar benda yang tak pasti.

tidak tidak

aku pasti!
sangat pasti.

tidak.

kau goyah.
cukup cukup la.
kau tahu apa yang kau kejar
memang bukan milik kau.

tidak!

dia milik aku.
kau apa tahu.
siapa kau untuk tahan aku?

aku tahu.

dan aku lebih tahu.
kau harus sedar.
kau hanya fikiran.
dan aku
adalah
hati kau.

tunduk.

diam.
jatuh.
jelepuk.
aku harus akur.
pada
kata hati
sendiri.

Friday, July 2, 2010

tidak walau sekali.

aku tak nafi,
tiap kali online, aku bukak blog pompuan tu.
aku tak nafi,
aku sentiasa nak tau apa yang baru pasal pompuan tu.
aku tak nafi,
dia akan sentiasa update bende baru pasal cinta hati kamu.
aku tak nafi,
pertama kali aku baca aku berapi.
aku tak nafi,
ulang kali aku baca sebak selubungi diri.
aku tak nafi,
kamu da jatuh sayang.
aku tak nafi,
kamu sudah melayang.
aku tak nafi,
kamu boleh jaga hati sendiri.
aku tak nafi,
jika ditoreh kamu takkan berdarah lagi.
aku tak nafi,
aku tak mampu halang kamu.
aku tak nafi,
jika itu bahagia kamu.
aku tak nafi,
masih ada doa aku untuk kamu.
agar bahagia itu milik kamu.
aku tak nafi.
dan
aku takkan nafi.
tidak walau sekali.

Wednesday, June 30, 2010

gedik amat.

tangan ini gatal.
nak letak follower, chat box apa bagai.
tapi aku tak nak bagitau orang lain pasal blog aku.
jumpe, nasibla.
bacala kisah aku yang kau tak kenal ini.
rasa nak baca lagi,
jadi follower.
rasa bosan,
tekan next blog.
habis cerita.

Tuesday, June 29, 2010

saya budak baru belajar.

page makin serabut.
sana dibaiki, sini terabur.
maaf.
aku budak baru belajar.
ingin punya page cantik seperti orang lain,
tapi aku akur dengan tahap diri sendiri.
takpe.
usaha tangga kejayaan.
chayok-chayok!

Saturday, June 12, 2010

tiada subjek.

YA. aku salah menyemak hal kau orang.
YA. kau tak suka orang mengajar kau.
YA. aku kenal kau, kalau kau tak suka, betapa besar tahap benci kau.
YA. aku paham semua.

Aku tanak hilang kau tapi aku dah sedia.
kalau ini yang terbaik, aku terima.
terima kasih kawan.

Thursday, June 10, 2010

dia.dia.dia.

Ohh Dia.
buat aku tersenyum sendiri
bagai bulan memagari diri
diulit cinta si bintang hati
sumpah
aku ingin mati
dengan rasa ini.



untuk bintang dari si bulan ;)

Sunday, June 6, 2010

sudah jelas.

kau kata kau dah lupakan semua
tapi hati kau kata kau tak kan dapat lupakan dia.

kau kata kau dah delete no dia
tapi hati kau kata kau takkan mampu buat itu semua.
kau kata kau nampak api bila tengok dia
tapi hati kau kata mata kau tak pernah lepas dari dia.
kau kata kau dah buang semua benda
tapi hati kau kata tiada apa yang mampu buang dia.
kau kata hanya aku ada dimata
tapi hati kau kata memang aku dimata tapi dihati hanya dia.
kau kata biar jodoh tentukan semua
tapi hati kau kata jodoh kau hanya dengan dia.
sampai bila semua begini
sampai bila aku gigit jari
sampai bila aku pujuk hati sendiri
sampai bila aku sabar menanti
sampai bila?
mungkin sampai mati?
sungguh aku tak pasti.
moga tuhan kuatkan hati ini
kerana aku takut tak mampu berdiri
demi cinta kau yang bukan aku miliki
moga aku mampu memujuk hati
yang bakal mati kerana cinta ini.