Thursday, July 29, 2010

grrrww!

mahu undur diri.
tapi bagai digari rantai besi.

bertahan.

sakitkan hati bila terluka?
sakitkan hati bila orang kata dia tak boleh bahagiakan sesiapa?
sakitkan hati bila orang kata sesiapa tu termasuk kita?
sakitkan hati bila orang reject kita?

hahaha.
aku sudah tak mampu ketawa.
aku sudah tak mampu menangis.
aku sudah tak mampu untuk tersenyum
aku hanya mampu bertahan.
bertahan dan tolonglah bertahan.

moga aku tak longlai di tengah jalan.
moga aku tak mati terkulai.
moga rasa ini mampu bertahan.

Tuesday, July 27, 2010

pegang 1 kata2 i smpai i pejam mata..


Aku pegang kata-kata kauu.

dan kini masih aku pegang.
teguh aku berpegang.

Sunday, July 25, 2010

malu sendiri.

Tiba tiba tersedar diri.
aku hanyut bersama mimpi
aku lupa.
rupanya hati kau itu
kau tak pernah beri.

Saturday, July 24, 2010

ingin aku.

ingin sekali aku
peluk erat tubuh kamu
moga aku mampu
hapusi duka kamu
ubati hati kamu
tenangi diri kamu.

ingin sekali aku
menatap wajah kamu
genggam erat tangan kamu
dengari luahan kamu
moga kamu tahu
bertapa
jatuhnya kamu
lukanya kamu
berdarahnya kamu
aku akan ada bersamamu.

ingin sekali aku
mengutip
tiap cebis hati kamu

mencantumnya
tiap persatu

agar ia kembali
menjadi satu

walau tidak sesempurna dulu.
ingin aku
dan
ingin sekali aku.


Tuesday, July 20, 2010

rindu.


aku rindu
KAMI
sangatsangat!

banyak benda
yang kami buat
samasama.

menangis.
ketawa.
susah.
senang.
suka.
duka.
jahat.
baik.

semua bersama.

tapi sekarang,
semua sudah ada haluan sendiri.
kejar hidup masingmasing.
tiada masa untuk menjadi
KAMI
lagi.

tidak mengapa.
wahai sayangsayang.
mari samasama
kita kejar hidup kita
dan
jangan lupa
untuk
kutip kembali
'kita'
agar kita mampu
menjadi
KAMI
lagi
dan lagi.

p/s : rindu sangat untuk menjadi kami.

Monday, July 19, 2010

post untuk si katek.

Dialah katek saya :)


aku raba tilam sebelah.

kosong?
ohh.
lupa.
si katek cuti.
golekgolek.
sempat berangan dua tiga babak.
tappp!
tangan aku meraba.
aduh.
lupa lagi.
dan aku senyum sendiri.


p/s for katek :

aku sudah tak biasa tidur seorang diri.
dan susah untuk aku
biasa kembali.

Saturday, July 17, 2010

ohh katekku sayang. :D

Aku rindu katek aku.
tade masa nak lepak sama-sama.
pagi dia kerja,
aku duk membuta.
malam aku balek,
dia plak duk membuta.

sesekali dua-dua ekor tak membuta,
semua gosip-gosip panas keluar.
orang itu terjun tasek,
orang ini makan itik.
hahaha.

p/s buat si katek : rindu kau sangat. :)

Thursday, July 15, 2010

persoalan.

Alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku?




borrowed from fynn jamal.
biq appreciate 4 the luvly song. ;)

Friday, July 9, 2010

berhenti!

Berhenti!
suara itu menjerit kuat.
aku toleh.
cari dan cari.
tidak ku jumpa punca.
aku melangkah.

Berhenti!
kuat dan makin kuat.
aku toleh lagi.
apa mahu kau.
jerit dan jerit saja.
kecut untuk untuk tunjuk muka.
dasar pengejut.

kini aku melangkah lagi.
kupasang telinga sendiri.
andai suara itu berani.

berhenti!
nah.
masih berani.
namun kedengar hampir.
disini.
dalam sini.

hei engkau.
cukup cukup sudah.
masa untuk kau berhenti.
kejar benda yang tak pasti.

tidak tidak

aku pasti!
sangat pasti.

tidak.

kau goyah.
cukup cukup la.
kau tahu apa yang kau kejar
memang bukan milik kau.

tidak!

dia milik aku.
kau apa tahu.
siapa kau untuk tahan aku?

aku tahu.

dan aku lebih tahu.
kau harus sedar.
kau hanya fikiran.
dan aku
adalah
hati kau.

tunduk.

diam.
jatuh.
jelepuk.
aku harus akur.
pada
kata hati
sendiri.

Friday, July 2, 2010

tidak walau sekali.

aku tak nafi,
tiap kali online, aku bukak blog pompuan tu.
aku tak nafi,
aku sentiasa nak tau apa yang baru pasal pompuan tu.
aku tak nafi,
dia akan sentiasa update bende baru pasal cinta hati kamu.
aku tak nafi,
pertama kali aku baca aku berapi.
aku tak nafi,
ulang kali aku baca sebak selubungi diri.
aku tak nafi,
kamu da jatuh sayang.
aku tak nafi,
kamu sudah melayang.
aku tak nafi,
kamu boleh jaga hati sendiri.
aku tak nafi,
jika ditoreh kamu takkan berdarah lagi.
aku tak nafi,
aku tak mampu halang kamu.
aku tak nafi,
jika itu bahagia kamu.
aku tak nafi,
masih ada doa aku untuk kamu.
agar bahagia itu milik kamu.
aku tak nafi.
dan
aku takkan nafi.
tidak walau sekali.