Aku bertanya sendiri. bukan untuk bertekak. cuma beri pendapat. mungkin kisah lalu banyak mematangkan aku. bukan tak mahu. bukan suka sejenis. cuma takut. tak sangka sederita itu sakitnya. usia masih muda. masih banyak peluang yang ada. cuba beri peluang pada diri sendiri.
Siapa tak mahu cinta? cinta itu indah. memberi dan menerima. siapa tak cemburu? aku cemburu. melihat bahagianya orang yang bercinta. tapi aku juga rimas. rimas dengan gelagat mereka. tapi kita manusia. mana pernah sempurna. aku cuba hidup dengan mengikut sahaja laluannya.
Kadang-kadang, hati aku diketuk. jiwa aku dibuai. aku asyik! tapi aku takut. aku sedar diri. biar masa tentukan. biar jodoh takdirkan. aku tak mahu mengharap. menyinta itu lebih siksa jika dipendamkan. namun lebih parah jika diluahkan. jadi aku pujuk diri dan hati. lebih senang hidup tanpa dimiliki. bebas berkawan dan menghibur hati.
Melihat kecewanya sahabat sendiri, lebih menakutkan hati. aku nampak dia patah hati. memujuk hati sendiri. dibiar tanpa pesan. ditinggal tanpa alasan. walau aku bukan dia, aku turut dapat merasa. sakitnya derita cinta dia.
aku ngeri!
No comments:
Post a Comment