Mereka ketawa lagi. tak sedar agaknya. lemak berketul-ketul, pakai tak cukup kain. ingat cantik?
Mereka ketawa lagi dan lagi.
Maaf. aku bukan yang dulu. aku sudah lebih 21 tahun hidup dimuka bumi ini. aku sudah lali. cakap lah nak cakap apa. telinga aku sudah tuli. senyum lah hingga urat-urat di wajah kau yang cantik itu hilang fungsi. mata aku sudah lama buta hati.
Aku sudah puas menunduk memandang bumi. telah aku paham setiap inci tanah ku jejaki. kini aku ingin memandang ke awan. menikmati indah ciptaan Illahi.
Mereka boleh katakan apa sahaja yang mereka suka. aku sudah tidak ambil peduli. hidup untuk mengikut sahaja kata mereka bukan cara aku. penat. letih.
penuhi setiap impi mereka. ingin aku?
mahu aku? siapa yang mahu peduli?
.jpg)
No comments:
Post a Comment