Friday, July 9, 2010

berhenti!

Berhenti!
suara itu menjerit kuat.
aku toleh.
cari dan cari.
tidak ku jumpa punca.
aku melangkah.

Berhenti!
kuat dan makin kuat.
aku toleh lagi.
apa mahu kau.
jerit dan jerit saja.
kecut untuk untuk tunjuk muka.
dasar pengejut.

kini aku melangkah lagi.
kupasang telinga sendiri.
andai suara itu berani.

berhenti!
nah.
masih berani.
namun kedengar hampir.
disini.
dalam sini.

hei engkau.
cukup cukup sudah.
masa untuk kau berhenti.
kejar benda yang tak pasti.

tidak tidak

aku pasti!
sangat pasti.

tidak.

kau goyah.
cukup cukup la.
kau tahu apa yang kau kejar
memang bukan milik kau.

tidak!

dia milik aku.
kau apa tahu.
siapa kau untuk tahan aku?

aku tahu.

dan aku lebih tahu.
kau harus sedar.
kau hanya fikiran.
dan aku
adalah
hati kau.

tunduk.

diam.
jatuh.
jelepuk.
aku harus akur.
pada
kata hati
sendiri.

No comments:

Post a Comment