kau kata kau dah lupakan semua
tapi hati kau kata kau tak kan dapat lupakan dia.
tapi hati kau kata kau tak kan dapat lupakan dia.
kau kata kau dah delete no dia
tapi hati kau kata kau takkan mampu buat itu semua.
kau kata kau nampak api bila tengok dia
tapi hati kau kata mata kau tak pernah lepas dari dia.
kau kata kau dah buang semua benda
tapi hati kau kata tiada apa yang mampu buang dia.
kau kata hanya aku ada dimata
tapi hati kau kata memang aku dimata tapi dihati hanya dia.
kau kata biar jodoh tentukan semua
tapi hati kau kata jodoh kau hanya dengan dia.
sampai bila semua begini
sampai bila aku gigit jari
sampai bila aku pujuk hati sendiri
sampai bila aku sabar menanti
sampai bila?
mungkin sampai mati?
sungguh aku tak pasti.
moga tuhan kuatkan hati ini
kerana aku takut tak mampu berdiri
demi cinta kau yang bukan aku miliki
moga aku mampu memujuk hati
yang bakal mati kerana cinta ini.
No comments:
Post a Comment