Tuesday, June 1, 2010

ohh engkau

Terlalu banyak di dalam sini
sampai tiada yang mampu diluah lagi
sudah sebu dalam hati
sudah keras dalam diri
sudah likat dalam naluri
sudah tidak kenal diri sendiri
sungguh aku bagai mati

Ohh engkau.
buat punca segala
buat resah dalam hati
buat kosong dalam diri
buat aku rela sendiri
walau segala tidak pasti
aku bagai diulit
mimpi lena sendiri
tunggu masa untuk dikejut kembali.

Tolong.
aku mohon
sedari aku
simbahi aku
dengan segala
moga aku mampu
sedar dari mimpi ini
bangkit ke realiti.

Tapi aku pasti
hati ini tak mahu pergi
ia selesa berada di sini
dan aku akur
turut kata hati
yang ingin mati
di dalam rasa ini
walau aku derita sendiri
biar aku senangi hati.
sampai mati.

No comments:

Post a Comment